Unlimited Power (Edisi Bahasa Melayu)
Unlimited Power (Edisi Bahasa Melayu)
RM33.00
Setiap tahun, bahkan setiap hari, ada sahaja buku baru yang diterbitkan di seluruh dunia. Ada antara buku-buku ini yang hayatnya singkat sahaja. Setahun dua, dan kemudiannya mati. Kemudian ada pula buku-buku yang hayatnya panjang.
Buku-buku ini bukan sahaja 'hidup' melebihi 5 ataupun 6 tahun, bahkan mampu terus hidup melebihi belasan, mahupun puluhan tahun. Tetapi buku yang hidup lama begini, memang tidak banyak.
Unlimited Power, oleh Anthony Robbins, adalah satu daripada buku-buku yang umurnya panjang. Naskah ini mula-mula diterbitkan pada tahun 1997, dan hari ini pada tahun 2015, sambutan dan jualannya masih berterusan.
Pasti ada keistimewaan yang ditawarkan Anthony, sehinggakan buku ini kekal di pasaran. Mungkin yang paling mengejutkan adalah buku ini dikarang oleh beliau sewaktu baru berumur 25 tahun. Pada usia muda begitu, Anthony bukan sahaja sudah mengarang judul ini yang kekal menjadi satu buku terbaik daripada beliau, bahkan pada umur itu, beliau sudah mencapai kebebasan kewangan.
Ini bukan tulisan lelaki muda yang berteori semata-mata, tetapi disokong oleh pencapaian peribadinya sendiri. Beliau pada waktu itu sudah tinggal di istana miliknya (ini istana betul), bersama-sama wanita yang beliau cintai, dan mempunyai 4 anak. Lebih daripada itu, beliau juga mengelilingi dunia bagi memberi nasihat kepada pelbagai jenis manusia, antaranya ketua-ketua negara.
Kredibiliti lelaki ini sendiri pun sudah cukup kuat bagi menarik kita untuk menelaah naskahnya. Pada masa yang sama, Unlimited Power sendiri bukanlah buku biasa-biasa. Melalui buku ini, NLP atau Neuro-Linguistic Programming menjadi jauh lebih terkenal daripada sebelumnya.
Di tangan Anthony Robbins, NLP dipasarkan kepada masyarakat awam dan memberi kesan kepada jutaan manusia.
Dalam Unlimited Power, kita didedahkan terus kepada teknik-teknik yang mampu mengubah mahupun memusnahkan tabiat lama kita. Dengan meniru terus tabiat orang-orang berjaya, kita memperolehi semacam jalan pintas untuk ikut berjaya juga. Ini tanpa kita perlu mencuba-cuba dahulu segala macam kaedah, sebelum menemui satu yang paling mengena.
Oleh sebab ada terlalu banyak teknik yang dikongsi, kita lihat satu sahaja daripada semuanya. Sebagai contoh apabila kita menjalinkan hubungan baik dengan orang lain secara cepat, kita digalakkan 1) Menyebut nama mereka secara kerap 2) Meniru bahasa badan mereka (sama ada postur, kedudukan, dan lain-lain) 3) Meniru suara mereka (sama ada nada, tempo, intonasi, dan lain-lain).
Dengan ketebalan melebihi 500 mukasurat, pasti ada banyak lagi tips dan teknik yang dapat kita pelajari dan laksanakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-413-8
Tarikh Terbit: 22 Jul 2015
Jumlah Muka Surat : 584
Berat(kg) : 0.74
Kos Pos: RM6/RM9
Unlimited Power adalah berkenaan bagaimana menggunakan dan mengendali anugerah Tuhan yang paling berharga, iaitu minda kita bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Anthony Robbins dengan ikhlas hati sudi berkongsi pelbagai teknik kawalan minda yang dapat membawa perubahan kepada diri kita dan juga orang lain di sekeliling kita. Setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Encik Robbins berkongsi pelbagai kaedah bagi menangani masalah pembelajaran, masalah perniagaan, masalah di tempat kerja, dan ketagihan rokok. Terdapat juga cara bagi menghadapi ketakutan, fobia, mengawal perasaan marah, masalah dalam perhubungan, masalah kesihatan, kegemukan, pemakanan, masalah motivasi, dan pelbagai lagi.
Buku ini perlu dibaca dan dihadamkan secara perlahan-lahan. Pembaca disaran mencuba sendiri kaedah dan teknik yang diajar secara berulang kali. Dengan cara ini, pembaca dapat menguasai dan menikmati kesan dan manfaatnya. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat, guru, kaunselor, majikan, konsultan bisnes, pengurus, pentadbir awam, ahli politik, pengurus sumber manusia, dan ahli perniagaan. Di samping itu, ia sesuai intuk jurulatih motivasi dan sukan, ibu bapa, pelajar universiti, pekerja, serta sesiapa sahaja yang berminat mahu memperbaiki diri sendiri dan orang-orang di sekeliling mereka.
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-413-8
Tarikh Terbit: 22 Jul 2015
Jumlah Muka Surat : 584
Berat(kg) : 0.74
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Post a Comment