BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW UNTUK ANAK-ANAK KISAH PERJALANAN HIDUP RASULULLAH

BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW UNTUK ANAK-ANAK KISAH PERJALANAN HIDUP RASULULLAH

 RM39.90
Pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi lahirlah insan mulia bernama Muhammad di kota suci Mekah. Ramai orang berasa teruja dan gembira dengan kelahiran ini namun ramai juga yang berasa marah. Maka banyaklah kisah suka dan duka yang dihadapi oleh insan ini dalam perjalanan hidup baginda.
Pada usia Muhammad SAW 40 tahun, Baginda telah diangkat menjadi Nabi Terakhir. Buku yang gah dan hebat ini akan membawa pembaca menelusuri zaman tersebut. Setiap kisah yang dipaparkan, iaitu sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan sehinggalah Baginda wafat, semuanya disertakan dengan rujukan sumbernya. Adalah diharapkan buku ini dapat menjadikan pembaca lebih kenal kepada Rasulullah SAW dan seterusnya mencintai Baginda. Bak kata pepatah, ‘ Tak kenal maka tak cinta’. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud, “ Seseorang itu akan bersama dengan orang yang mereka kasihi, dan kamu bersama dengan orang yang kamu cintai dan kasihi”. (Hadis riwayat Ibn Hibban, No:147)
Oleh itu marilah kita memupuk kecintaan kepada Rasulullah SAW, mudah-mudahan kita akan dapat bersam dengan Baginda di akhirat kelak. Amin.

Kos Pos:
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
366 CERITA DARI AL-QURAN DAN HADIS

366 CERITA DARI AL-QURAN DAN HADIS

 RM39.90

Setiap rumah haruslah memiliki buku ini dalam mengubah masa depan anak-anak ke arah jalan yang diredai Allah. Dengan usaha murni ini, moga Allah memberikan kita kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kelak. Insya-Allah, kita dapat membentuk anak-anak kita mempunyai:

Kekuatan Iman seperti Ibrahim a.s.
Kesabaran Tinggi seperti Ayub a.s.
Ketulusan Hati seperti Yusuf a.s.
Keindahan Akhlak seperti Muhammad SAW

Mudah-mudahan, hidup anak-anak kita akan diberkati. Semoga Allah menerima usaha kecil ini. Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kebaikan.

Kos Pos: RM9/RM12
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Strategi Jihad Bisnes

Strategi Jihad Bisnes

 RM49.00

Strategi Jihad Bisnes


Terbitan Terbaru dari Telaga Biru

Kos Pos: RM9/RM12

Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456

CIMB ALI MOHD TAIB - 7601555639 
RADIO DIGITAL ISLAMIK AL-QURAN

RADIO DIGITAL ISLAMIK AL-QURAN

RM180.00
RADIO DIGITAL ISLAMIK AL-QURAN

Radio ini bersaiz kecil, ringan & mudah dibawa ke mana sahaja.

Mengandungi program  berkaitan agama dalam sebuah radio meliputi:

❤ Bacaan lengkap Al-quran 30 juzu' dari qari yang muktabar
❤ Terjemahan semua surah (114 Surah)
❤ Ceramah-ceramah agama daripada ustaz / ustazah terkenal Malaysia
❤ Tajuk Soal Jawab Agama
❤ Doa-doa Harian, Berzanji, Zikir, Cara Tahlil, Azan dan lain-lain
❤ Ayat Ruqyah... baik untuk didengar oleh mereka yang mengalami gangguan sihir dan saka.
❤ Ulasan Hadis, Bacaan & Cara melakukan Solat
❤ Bacaan Yassin & Terjemahan, Panduan Ibadah Haji / Umrah, Lagu-lagu Nasyid dan lain-lain.






KEISTIMEWAAN RADIO :


* Mudah didengar... dengan hanya memilih dari menu pilihan mengikut buku panduan yang disertakan.
* Hanya masukkan kod yang dihendaki dan mula mendengar
* Istimewanya kad memori telah dilengkapi fail berformat MP3
* Anda hanya perlu menekan digit kod yang hendak dimainkan dan mula mendengar.
* Saiz kecil (11.5cm lebar X 7cm tinggi dengan berat HANYA 212gm).
* Mudah dibawa ke mana-mana dan disimpan di dalam poket (Poket Size)
* Boleh dijadikan sebagai hadiah / cenderahati kepada rakan-rakan, ibu bapa, suami isteri, anak-anak atau saudara mara tanpa mengira peringkat umur.
* Boleh dijadikan sebagai hadiah hantaran perkahwinan untuk pasangan.

HARGA JUALAN :

Harga Runcit Untuk Semenanung Malaysia :
RM 180.00 seunit (Termasuk kos penghantaran)

Harga Runcit Untuk Sabah / Sarawak :
RM 190.00 seunit (Termasuk kos penghantaran)

Tempahan 019 3276456


Kos Pos:
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
JEJAK SAHABAT

JEJAK SAHABAT

 RM33.00
JEJAK SAHABAT

Kisah para Sahabat Rasulullah SAW yang membuka Kota Mesir (Negara Mesir). Padat dengan kajian yang mendalam tentang permulaan sejarah Mesir dan kegemilangannya. Antara nama para Sahabat yang terdapat dalam buku ini:

Umar al-Khattab al-Farruq.

Amru bin al-As.

Abdullah bin Hudzafah as-Sahmi.

Abu Basrah al-Ghifari

Ubadah bin as-Somit.

Al-Qa'qa' bin Amru at-Tamimi

Sariah al-Jabal

Al-Miqdad bin al-Aswad.

Abu Darda', dan ramai lagi.

Disertakan koleksi gambar istimewa tempat bersejarah para Sahabat dan barang-barang peninggalan RASULULLAH SAW yang berada di Mesir. ​

PENULIS: USTAZ MOHD NASUHA ISMAIL AL-AZHARIY & DATO' SERI ZAINAL ABIDIN YUSUF

KATEGORI: PENGETAHUAN ISLAM (SEJARAH)

ISBN: 978-983-097-532-0

KOD: GB 0357

TEBAL: 384 ms

Kos Pos:RM9/RM12
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW

KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW

 RM50.00

KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW yang
diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah.

Lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik bagi mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW. Pembaca akan dapat 'melihat' kehidupan sebenar

Baginda sejak awal kelahiran sehingga kewafatannya. Buku ini penting agar setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menamba rasa cinta terhadapnya.

Penulis: Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
Penterjemah: Ustaz Muhadir Haji Joll
ISBN: 978-983-097-435-4
KOD: GB0222

Hard Cover

Kos Pos: RM9/RM12
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
IBADAH MUKMIN; PANDUAN SOLAT

IBADAH MUKMIN; PANDUAN SOLAT

 RM30.00

IBADAH MUKMIN; PANDUAN SOLAT

Ibadah Mukmin; Panduan Solat yang didatangkan khas lengkap berwarna, berfakta, serta dalil yang jelas bagi merungkai segala persoalan yang meluruskan kefahaman dan tindakan ke arah kesempurnaan solat.

Pembaca akan didedahkan pada permulaannya tentang persoalan hukum-hakam sebelum mengerjakan ibadah solat seperti taharah, pembahagian najis, wuduk, tayamum istinjak, dan darah wanita.

Seterusnya buku ini dilengkapkan dengan persoalan solat merangkumi rukun dan sunatnya, solat fardu dan sunat, solat Jamak dan Qasar, solat Jenazah, Qadha Solat dan solat Jumaat.

JUDUL: IBADAH MUKMIN; PANDUAN SOLAT
PENULIS: Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar
ISBN: 978-983-097-436-1

Kos Pos: RM9/RM12
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
KEKELIRUAN UMAT

KEKELIRUAN UMAT

 RM28.00

KEKELIRUAN UMAT; INILAH JAWAPANNYA

Buku ini adalah himpunan 65 persoalan dan jawapan popular tentang perkara khilafiah yang sering diperdebatkan oleh masyarakat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam memahaminya. Dihurai dalam bentuk soal jawab ringkas dan padat untuk lebih mudah difahami dan dihafal berserta dalil-dalil al-Quran, hadis dan juga pendapat ulama yang muktabar. Sesuai dibaca oleh para penuntut ilmu dan masyarakat awam.



ISI KANDUNGAN:

MUQADDIMAH

BAHAGIAN PERTAMA:

BAB 1: Bid'ah

BAB 2: At-Tark

BAB 3: Bentuk Ibadah daripada Rasulullah SAW

BAB 4: Hadis Dhaif

BAB 5: Makna Ibadah

BAB 6: Dalil Syarak Bukan Hanya al-Quran dan Hadis



BAHAGIAN KEDUA:

BAB 7: Akidah

BAB 8: Fekah

BAB 9: Zikir dan Bacaan

BAB 10: Kematian

BAB 11: Kubur

BAB 12: Pakaian dan Alat

BAB 13: Maulidur Rasul

BAB 14: Umum

PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL

ISBN: 978-983-097-424-8

TEBAL: 341 ms

Kos Pos:

Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
SYARAH SAFINATUN NAJA

SYARAH SAFINATUN NAJA

 RM40.00
SYARAH SAFINATUN NAJA

Kitab turats feqah Mazhab Syafi'i berbahasa Arab yang terkenal karya Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i ini diterjemah dan disyarahkan semula dengan bahasa yang lebih moden tanpa menghilangkan keaslian maksud asal kitab.

* Bersuci

* Solat

* Pengurusan Jenazah

* Puasa

* Zakat

* Haji dan Umrah

* Sembelihan

JUDUL: SYARAH SAFINATUN NAJA

PENULIS: SYEIKH SALIM SUMAIR AL-HADRAMI ASY-SYAFI'I

PENYUSUN: Ustaz Muhadir bin Haji Joll

KATEGORI: Fardhu Ain

ISBN: 978-983-097-566-5

TEBAL: 368 ms

Kos Pos: RM9/RM12
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
AL-QURAN AL-KARIM AMAZING

AL-QURAN AL-KARIM AMAZING

 RM135.00

Al-Quran al-Karim Karya Bestari Amazing menawarkan kepada masyarakat klasifikasi-klasifikasi utama al-Quran dengan lebih ringkas, mudah dan sahih. Ia merujuk kepada kaedah penafsiran para ulama yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga boleh diharapkan sandaran dalam memahami al-Quran.

Antara ciri-ciri istimewa:

- 7 klasifikasi utama Al-Quran
- Terjemahan Bahasa Malaysia
- Terjemahan per kata Bahasa Arab
- Panduan hukum tajwid berwarna
- Hukum kaedah tartil
- Syama'il Muhammadiyyah : Penjelasan atau gambaran diri Rasulullah
- Tibbun Nabawi: Penjelasan mengenai rawatan fizikal melalui Al-Quran & Sunnah
- Asbabun Nuzul
- Kisah nabi & rasul, pengajaran & nasihat
- Sirah Nabawi
- Kompilasi doa harian berasaskan hadis sahih
- Perbahasan ayat berdasarkan kitab muktabar




Tidak diragukan lagi  bahawa keperluan kaum muslimin terhadap al-Quran ketika ini begitu besar. Ia tidak hanya terbatas kepada bacaan, malah menuntut kepada pemahaman yang mendalam mengenai ajaran al-Quran. Kefahaman itu, sudah pasti akan mendorong kepada amalan yang sebenar dan sahih di sisi Islam.

Ketika ini, kefahaman masyarakat terhadap al-Quran terbahagi kepada pelbagai tingkatan kefahaman. Ada yang memahaminya melalui ajaran ibu-bapa. Ada yang menggunakan mata hati, ada yang memahaminya melalui pemikiran yang panjang dan sebagainya.

Namun, semua itu harus bermuara kepada kefahaman al-Quran yang sesuai dengan kefahaman dan amalan yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam kehidupan seharian. Bermakna ia tidak lengkap tanpa tafsiran yang jelas dan kefahaman yang menyeluruh terhadap maksud-maksud dan hukum-hukum ayat dalam al-Quran.

Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing menawarkan kepada masyarakat klasifikasi-klasifikasi utama al-Quran dengan lebih ringkas, mudah dan sahih. Ia merujuk kepada kaedah penafsiran para ulama yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga boleh diharapkan sandaran dalam memahami al-Quran.

Tema Utama Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing :

1.Ibadah
-Memahami bahawa topik berkenaan ibadah penting untuk difahami, maka perbahasannya menggunakan rujukan Imam At-Tabari, Jami'u'l Bayani, ‘An Ta'wili Ayi'l Qura'ani dan Ibnu Katsir, Tafsirul Quranil Azhimi, malah diperkuatkan dengan rujukan bersumberkan Hadis Nabawi serta diperbandingkan dengan Hadis Qudsi. Ia sekaligus menguatkan lagi perbahasan di dalam tema ibadah ini.

2. Muamalah
- Menekankan bimbingan kepada seseorang muslim tentang cara terbaik berinteraksi dan bersosial. Perbahasan mengenai topik ini menggunakan rujukan Tafsir Jalalain, Tafsir Utama yang bersandarkan kepada At-Tabari, Jami'u'l Bayani ‘An Ta'wili Ayi'l Qur'ani dan Ibnu Katsir, Tafsirul Qur'ani Azhimi dan diperkuatkan dengan Hadis Nabawi serta Hadis Qudsi.

3. Akidah
-Akidah adalah kandungan yang paling utama sebelum topik yang lain. Ia  bukan sahaja menjadi keutamaan dalam memahami akidah secara benar terhadap Allah SWT, malah menjadi keutamaan dalam keseluruhan syariat para Nabi dan Rasul. Maka, tema akidah Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing ini menjadi bahagian terpenting demi kesempurnaan akidah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW, para sahabat dan salafus salih.

4. Kisah Nabi dan Rasul
Keyakinan bahawa al-Quran adalah penyempurna kitab-kitab sebelumnya, ayat-ayatnya berbicara sehingga menembusi batas ruang dan waktu. Maka ia menjadikan al-Quran sesuatu yang menarik untuk dikaji secara lebih dalam lagi. Bicaranya mencakupi masa lalu, sekarang dan masa akan datang. Kisah Nabi dan Rasul di dalam al-Quran tidak hanya menjadi pelajaran kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan kita sebagai umatnya. Tetapi ia juga menjadi penghibur bahawa setiap perjuangan dan penderitaan yang kita hadapi sekarang juga telah Allah timpakan kepada para Nabi dan Rasul sebelum kita, bahkan lebih berat. Maka, ia mengajar kepada kita agar lebih kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan dalam melaksanakan ketaatan kepada-Nya.

5. Sirah Nabawi
Perjuangan Rasulullah SAW adalah kisah yang paling dekat dengan kita sebagai umat Islam. Kisah ini begitu dekat secara emosional bagi umat Islam, perjuangan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah terlalu hebat mencorak tinta emas perjalanan umat dalam menegakkan tauhid, membanteras syirik dan mengembalikan manusia kepada fitrah kehambaanya kepada Allah SWT. Tema ini cuba memahamkan anda dengan pendekatan latar bekalang sesuatu ayat al-Quran atau disebut sebagai Asbabun Nuzul. Rujukan utama yang diguna pakai sebagai perbahasannya adalah merujuk kepada Mushtafa As-Siba'I, As-Sirah An Nabawiyya; Durus wa ‘Ibar, serta Asbabun Nuzul yang berdasarkan riwayat sahih.

6. Asmaul Husna
Rasulullah SAW mendorong kita untuk mengetahui nama-nama Allah. Apa yang dipaparkan dalam tema ini adalah usaha mengenalkan nama-nama Allah yang muncul dalam al-Quran. Ia mudah-mudahan menimbulkan kesedaran agar kita untuk mengaplikasikan penggunaan nama-nama Allah itu ke dalam kehidupan seharian.

7. Terapi Qurani
Al-Quran adalah petunjuk yang Allah SWT turunkan untuk menjadi pedoman keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Ia termasuk bagaimana cara menjalani kehidupan ini sehingga kita tidak berasa berat dalam melaluinya. Namun, di sebalik pelbagai keadaan hidup yang kita lalui sama ada sulit atau senang, al-Quran hadir untuk mengingatkan kita bahawa ia tidak selalunya kekal. Maka, tema Terapi Qurani ini lebih kepada penawar, penghibur dan rawatan jiwa agar kita sentiasa bermotivasi.



Ukuran: 21.3cm x 30.3cm
Halaman: 1264


Kos Pos:RM20/R40
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
The Greatest Sultan Of Ottoman Muhammad AL-Fatih

The Greatest Sultan Of Ottoman Muhammad AL-Fatih

 RM22.00.

Keterangan Buku :

Muhammad al-Faith adalah seorang pahlawan yang berjaya menakluki Konstantinopel dan mengalahkan pasukan Rom. Buku ini menceritakan tentang perjalanan hidup beliau dan leluhurnya yang hidup demi Islam dan mati dalam menegakkan kalimah Allah. Di antara kisah yang diceritakan kepada pembaca yang mulia di dalam buku ini ialah kisah Uthman I, Orkhan, Murad I, Bayazid I, Muhammad Jalabi, Murad H, dan Muhammad al-Fatih.

Juga diterangkan tentang sifat-sifat mereka, jalan yang mereka tempuh, bagaimana mereka berhubung dengan ketentuan Allah dalam mendirikan negara, seperti mendirikannya secara bertahap, mengambil sebab, mengubah jiwa, sating menyokong, dan ketentuan datangnya ujian.

Di dalam buku ini dijelaskan kepada pembaca yang mulia bahawa kebangkitan Dinasti Uthmani pada masa Sultan Muhammad al-Fatih mencakupi seluruh bidang kehidupan ilmiah, politik, ekonomi, informasi, dan ketenteraan. Penguasaan ke atas bidang-bidang tersebut merupakan perkara yang ha rus ada pada diri seorang pennmpin. Apabila ini tidak terpenuhi, maka kejayaan pun tidak dapat diraih.

Kos Pos:
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Atlas Perang Salib (Hard Cover)

Atlas Perang Salib (Hard Cover)

 RM65.00
Buku Atlas Perang Salib karya Sami bin Abdullah Al-Maghluts memaparkan secara terperinci perihal setiap siri Perang Salib. Malahan, dipadatkan lagi dengan himpunan peta dan gambar berwarna.
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
Bab 1: Pencetus Perang Salib
Pencetus Perang Salib terhadap Bahagian Timur Islam
Siapakah yang Memulakan Permusuhan: Timur ataupun Barat?
Pertempuran Malazgirt (Manzikert) 463H/1071M
Motif Agama: Pencetus Perang Salib
Jawapan Balas terhadap Tulisan sebelum Ini Menurut Sumber Sejarah Moden tentang Perang Salib
Urbanus II
Motif Politik: Pencetus Perang Salib
Motif Sosial: Pencetus Perang Salib
Motif Ekonomi: Pencetus Perang Salib
Bab 2: Perang Salib Rakyat
Perang Salib Rakyat
Hasil Perang Salib Rakyat
Kerajaan Saljuk
Saljuk Rom dan Saljuk Antioch
Bab 3: Perang Salib Pertama
Pengepungan dan Penjajahan Antioch
Antioch
Ar-Ruha
Pergerakan Pasukan Salib Menuju ke Baitul Maqdis
Pengepungan Tripoli
Pasukan Salib Kembali Menyerang Baitul Maqdis dan Menawan Beberapa Buah Kota dan Desa
Penjajahan Kerajaan Kristian (Latin) di Baitul Maqdis
Kejahatan Pasukan Salib di Baitul Maqdis
Kejatuhan Al-Quds di Tangan Pasukan Salib
Penderitaan Umat Islam kerana Kejatuhan Al-Quds
Keadaan Baitul Maqdis selepas Jatuh ke Tangan Pasukan Salib
Bab 4: Kebangkitan Dunia Islam dan Bermulanya Perang Salib Kedua
Kebangkitan Dunia Islam selepas Perang Salib Pertama
Panglima Turki: Imaduddin Zanki
Panglima Turki: Nuruddin Mahmud bin Imaduddin Zanki
Perang Salib Kedua
Perebutan Mesir antara Nuruddin dan Pasukan Salib
Panglima Salahuddin Al-Ayyubi (532H-589H)
Salahuddin Al-Ayyubi dan Pemerintah Kubu Al-Karak
Kubu Al-Karak
Kubu Shoubak
Perang Hittin (583H-1187M)
Pembebasan Acre dan Beberapa Kota yang Dijajah oleh Musuh
Pembebasan Baitul Maqdis, 27 Rejab 583H
Bab 5: Perang Salib Ketiga
Pertempuran Arsuf serta Kejatuhan Kota Lod dan Ramallah
Panglima Besar Islam: Salahuddin Al-Ayyubi Meninggal Dunia
Bab 6: Perang Salib Keempat
Perang Salib Kanak-Kanak
Bab 7: Perang Salib Kelima
Kekacauan yang Berlaku selepas Perang Salib Keempat
Pergerakan Pasukan Salib ke Damietta, Mesir
Bab 8: Perang Salib Keenam
Kedudukan Umat Islam dalam Perjanjian Jaffa
Pengambilan Kembali Baitul Maqdis oleh Raja As-Salih Ayyub
Pemerintahan As-Salih Ayyub
Pembelotan Pasukan As-Salih Ismail dan Al-Mansur Ibrahim
Pengambilan Kembali Baitul Maqdis
Pertempuran Hittin Kedua
Bab 9: Perang Salib Ketujuh
Keadaan Pasukan Salib selepas Peperangan Al-Mansurah Kedua
Az-Zahir Baibars
Serbuan Mongol dan Kejatuhan Baghdad pada Tahun 656H/1258M
Bab 10: Perang Salib Kelapan
Pasukan Salib Tiba di Carthage dan Tindakan Al-Mustanshir Billah Al-Hafsi
Bab 11: Pembersihan Pasukan Salib (Frank) dari Syam
Situasi selepas Perang Salib
Kedatangan Pasukan Salib pada Zaman Sultan Al-Mansur Qalawun
Pasukan Salib Frank pada Zaman Sultan Al-Asyraf Khalil
Bab 12: Beberapa Kesan Perang Salib
Zaman Kebangkitan Eropah
Pendapat Pertama tentang Penubuhan Gereja Tengkorak
Pendapat Kedua tentang Penubuhan Gereja Tengkorak
Astrolab
Permohonan Maaf Pihak Kristian Atas Peristiwa Perang Salib: Ikhlas ataupun Hanya Mainan?

Jumlah Muka Surat : 256
Berat : 0.99kg

Kos Pos: RM9/RM12
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Khutbah Rasulullah : Wasiat Agung Buat Umat Tercinta

Khutbah Rasulullah : Wasiat Agung Buat Umat Tercinta

RM19.00
Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.

Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.

Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.

Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguranRasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.

Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.




Format: Paperback
Saiz: 6'x9'
ISBN-13: 978-967-366-063-6
Tarikh Terbit: 11 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 320

Berat (kg): 0.39

Kos Pos: rm9/rm6
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Riyadus Solihin

Riyadus Solihin

 RM120.00

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.

Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Keistimewaan kitab ini:

• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik

• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah

• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta

• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan

• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luasdan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah

****************************
Format: Hardcover
ISBN-13: 978-967-366-133-6
Tarikh Terbit: 30 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 1072
Berat: 1.30 KG
****************************


ISI KANDUNGAN

Bab 1 Ikhlas

Bab 2 Taubat

Bab 3 Sabar

Bab 4 Bersifat Benar

Bab 5 Berasa Bawah Pengawasan Allah

Bab 6 Takwa

Bab 7 Yakin dan Tawakal

Bab 8 Istiqamah

Bab 9 Galakan Berfikir

Bab 10 Segera Melakukan Perkara Baik

Bab 11 Melakukan Sesuatu dengan Bersungguh-Sungguh

Bab 12 Galakan Menambah Amalan Baik pada Akhir Umur

Bab 13 Jalan-Jalan Kebaikan

Bab 14 Sederhana dalam Beribadat

Bab 15 Memelihara Kelangsungan Amalan

Bab 16 Perintah Memelihara Sunah Nabi Muhammad

Bab 17 Wajib Mengikut Hukum Allah

Bab 18 Larangan Bidaah

Bab 19 Memulakan Perbuatan Baik

Bab 20 Menunjukkan Perbuatan Baik

Bab 21 Tolong-Menolong dalam Melakukan Kebaikan dan Takwa

Bab 22 Nasihat

Bab 23 Menggalakkan Kebaikan dan Mencegah Kejahatan

Bab 24 Cakap Tidak Serupa Bikin

Bab 25 Menunaikan Amanah

Bab 26 Haram Menzalimi

Bab 27 Menghormati dan Mengasihi Orang Islam

Bab 28 Menutup Keburukan Orang Islam

Bab 29 Memenuhi Keperluan Orang Islam

Bab 30 Menyalurkan Bantuan

Bab 31 Mendamaikan Sesama Manusia

Bab 32 Kelebihan Orang Islam yang Lemah dan Miskin

Bab 33 Bersikap Lemah Lembut kepada Golongan yang Lemah

Bab 34 Berlemah Lembut dengan Wanita

Bab 35 Hak Suami

Bab 36 Perbelanjaan untuk Ahli Keluarga

Bab 37 Beri Hadiah yang Terbaik

Bab 38 Pastikan Orang Bawahan Mentaati Allah

Bab 39 Hak Jiran

Bab 40 Menghormati Orang Tua

Bab 41 Haram Menderhakai Ibu Bapa

Bab 42 Buat Baik dengan Rakan Bapa

Bab 43 Memuliakan Ahli Keluarga Nabi Muhammad

Bab 44 Memuliakan Ilmuan, Orang Tua, dan Orang Mulia

Bab 45 Menziarahi Orang Baik-baik

Bab 46 Berkasih kerana Allah

Bab 47 Cinta Allah

Bab 48 Tegahan Menyakiti Orang Baik

Bab 49 Menghukum Berdasarkan Bukti Zahir

Bab 50 Takut kepada Allah

Bab 51 Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Bab 52 Keutamaan Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Bab 53 Antara Takut dan Harap

Bab 54 Kelebihan Menangis

Bab 55 Kelebihan Miskin

Bab 56 Kelebihan Lapar dan Hidup Sederhana

Bab 57 Berpuas Hati dengan Nikmat

Bab 58 Boleh Menerima Pemberian sekiranya Tidak Meminta-Minta

Bab 59 Galakan Bekerja Sendiri

Bab 60 Murah Hati dan Dermawan

Bab 61 Larangan Bersifat Bakhil

Bab 62 Mengutamakan Keperluan Orang Lain

Bab 63 Berlumba-Lumba Mencari Nikmat Syurga

Bab 64 Kelebihan Orang Kaya yang Bersyukur

Bab 65 Mengingati Mati

Bab 66 Doa Ziarah Kubur

Bab 67 Larangan Mengharap supaya Dimatikan Segera

Bab 68 Meninggalkan Perkara yang Diragui

Bab 69 Menjaga Maruah Diri

Bab 70 Kelebihan Bergaul dengan Masyarakat

Bab 71 Merendah Diri

Bab 72 Diharamkan Sifat Takbur

Bab 73 Baik Budi Pekerti

Bab 74 Tenang Selalu

Bab 75 Selalu Memaafkan

Bab 76 Menanggung Keperitan

Bab 77 Marah apabila Hukum Allah Dilanggar

Bab 78 Mengasihi Orang Bawahan

Bab 79 Pemimpin Adil

Bab 80 Wajib Mentaati Pemimpin

Bab 81 Larangan Meminta Jawatan

Bab 82 Mengingatkan Pemimpin supaya Memilih Kawan yang Baik

Bab 83 Dilarang Memberi Jawatan kepada Orang yang Memintanya

Bab 84 Pentingnya Bersifat Malu

Bab 85 Menjaga Rahsia

Bab 86 Menunaikan Janji

Bab 87 Memberi Komitmen kepada Amalan Baik

Bab 88 Tutur Kata Mulia

Bab 89 Galakan Bercakap dengan Jelas

Bab 90 Menjadi Pendengar yang Baik

Bab 91 Bersederhana ketika Memberi Nasihat

Bab 92 Bersikap Tenang

Bab 93 Digalakkan Melakukan Ibadah dengan Tenang

Bab 94 Memuliakan Tetamu

Bab 95 Mengucapkan Tahniah atas Kejayaan

Bab 96 Mendoakan Sahabat

Bab 97 Bermesyuarat

Bab 98 Meluaskan Keberkatan Tempat Melakukan Ibadah

Bab 99 Galakan Mendahulukan Anggota Sebelah Kanan

Bab 100 Membaca Bismillah dan Alhamdulillah

Bab 101 Jangan Mengkritik Makanan

Bab 102 Ucapan Orang Berpuasa apabila Diajak Makan

Bab 103 Ucapan Tetamu Undangan Majlis Makan

Bab 104 Adab Makan dan Nasihat untuk Orang yang Kurang Sopan Cara Makannya

Bab 105 Larangan Makan Dua Biji Kurma Sekaligus

Bab 106 Nasihat kepada Orang yang Makan tetapi Tidak Kenyang

Bab 107 Makan dari Tepi Pinggan

Bab 108 Tegahan Makan Sambil Bersandar

Bab 109 Makan dengan Tiga Jari

Bab 110 Makan Beramai-ramai

Bab 111 Etika ketika Minum

Bab 112 Makruh Minum dari Lubang Beg Kulit

Bab 113 Makruh Meniup Minuman

Bab 114 Boleh Minum Sambil Berdiri tetapi Lebih Baik Duduk

Bab 115 Orang yang Memberi Minum kepada Orang Lain Seeloknya Minum Akhir Sekali

Bab 116 Bekas Minuman

Bab 117 Galakan Memakai Pakaian Berwarna Putih

Bab 118 Galakan Memakai Jubah

Bab 119 Had Labuh Pakaian

Bab 120 Galakan Berpakaian Biasa

Bab 121 Galakan Berpakaian Cantik

Bas 122 Memakai Pakaian daripada Sutera

Bab 123 Memakai Pakaian daripada Sutera bagi Tujuan Rawatan

Bab 124 Larangan Duduk di atas Kulit Harimau

Bab 125 Doa Ketika Memakai Pakaian Baru

Bab 126 Sunah Mendahulukan Anggota Kanan ketika Memakai Pakaian

Bab 127 Etiket Tidur dan Baring

Bab 128 Dibenarkan Baring Telentang. Duduk Bersila, dan Duduk Sambil Memeluk Kedua-Dua Betis

Bab 129 Etiket Duduk dalam Majlis

Bab 130 Mimpi

Bab 131 Kelebihan Memberi Salam dan Perintah supaya Menyebarkan Salam

Bab 132 Cara Memberi Salam

Bab 133 Etiket Bersalam

Bab 134 Mengulang-ulang Salam

Bab 135 Galakan Memberi Salam apabila Memasuki Rumah Sendiri

Bab 136 Memberi Salam kepada Kanak-kanak

Bab 137 Salam Lelaki kepada Perempuan

Bab 138 Salam kepada Bukan Islam

Bab 139 Salam Sebelum Mengundurkan Diri

Bab 140 Etiket Meminta Izin

Bab 141 Etiket Memperkenalkan Identiti Diri

Bab 142 Doa untuk Orang Bersin

Bab 143 Etiket Meraikan Pertemuan dan Perpisahan

Bab 144 Menziarahi Orang Sakit

Bab 145 Doa untuk Orang Sakit

Bab 146 Galakan Bertanya Keadaan Pesakit

Bab 147 Bacaan untuk Orang yang Putus Harapan

Bab 148 Sunat Berpesan kepada Keluarga Orang yang akan Mati supaya Berbuat Baik kepadanya

Bab 149 Kebenaran Mengaduh Kesakitan

Bab 150 Mengajar Mengucap kepada Orang yang Hampir
Meninggal Dunia

Bab 151 Bacaan selepas Menutup Mata Jenazah

Bab 152 Berdoa untuk Jenazah

Bab 153 Dibenarkan Menangisi Jenazah

Bab 154 Tidak Membuka Aib Jenazah

Bab 155 Sembahyang Jenazah dan Mengiringi Jenazah

Bab 156 Galakan Meramaikan Sembahyang Jenazah

Bab 157 Bacaan dalam Sembahyang Jenazah

Bab 158 Menyegerakan Pengurusan Jenazah

Bab 159 Segera Membayar Hutang Si Mati

Bab 160 Nasihat di Tanah Perkuburan

Bab 161 Doa untuk Jenazah selepas Dikebumikan

Bab 162 Memberi Sedekah bagi Pihak Jenazah dan Berdoa untuknya

Bab 163 Pujian kepada Jenazah

Bab 164 Kelebihan Orang yang Kematian Anak Kecil

Bab 165 Galakan Menangis Semasa Lalu di Kawasan Perkuburan
Orang Zalim

Bab 166 Sunat Memulakan Perjalanan pada Pagi Khamis

Bab 167 Sunat Berjalan dalam Kumpulan

Bab 168 Etiket dalam Perjalanan

Bab 169 Membantu Kawan

Bab 170 Doa apabila Menaiki Kenderaan

Bab 171 Bacaan apabila Naik dan Turun Bukit

Bab 172 Berdoa dalam Perjalanan

Bab 173 Doa Sewaktu Takut

Bab 174 Doa apabila Menginap

Bab 175 Galakan Segera Pulang selepas Selesai Tugas

Bab 176 Galakan Pulang ke Rumah Waktu Siang

Bab 177 Doa Pulang daripada Perjalanan Jauh

Bab 178 Galakan Masuk Masjid

Bab 179 Perempuan Diharamkan Berjalan Jauh Seorang Diri

Bab 180 Kelebihan Membaca Al-Quran

Bab 181 Perintah Sentiasa Membaca Al-Quran

Bab 182 Galakan Membaca Al-Quran dengan Suara yang Merdu

Bab 183 Galakan Membaca Surah dan Ayat-ayat Tertentu

Bab 184 Galakan Berkumpul untuk Membaca Al-Quran

Bab 185 Kelebihan Berwuduk

Bab 186 Kelebihan Azan

Bab 187 Kelebihan Sembahyang

Bab 188 Kelebihan Sembahyang Subuh dan Asar

Bab 189 Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid

Bab 190 Kelebihan Menunggu Waktu Sembahyang

Bab 191 Kelebihan Sembahyang Berjemaah

Bab 192 Galakan Bersembahyang Subuh dan Isyak secara Berjemaah

Bab 193 Perintah Memelihara Sembahyang Wajib

Bab 194 Kelebihan Sembahyang di Barisan Pertama

Bab 195 Kepentingan Sembahyang Sunat Rawatib

Bab 196 Sembahyang Sunat Subuh

Bab 197 Sembahyang Sunat Subuh dengan Ringkas

Bab 198 Galakan Berbaring Selepas Menunaikan Sembahyang
Sunat Subuh

Bab 199 Sembahyang Sunat Zuhur

Bab 200 Sembahyang Sunat Asar

Bab 201 Sembahyang Sunat Sebelum dan Selepas Maghrib

Bab 202 Sembahyang Sunat Sebelum dan Selepas Isyak

Bab 203 Sembahyang Sunat Jumaat

Bab 204 Galakan Bersembahyang Sunat di Rumah

Bab 205 Galakan Sembahyang Witir

Bab 206 Kelebihan Sembahyang Duha

Bab 207 Waktu Terbaik bagi Sembahyang Sunat Duha

Bab 208 Sembahyang Masuk Masjid

Bab 209 Sembahyang Sunat Selepas Berwuduk

Bab 210 Kelebihan Hari Jumaat

Bab 211 Galakan Melakukan Sujud Syukur

Bab 212 Kelebihan Menghidupkan Malam dengan Beribadah

Bab 213 Galakan Sembahyang Sunat Tarawih pada Malam
Bulan Ramadan

Bab 214 Kepentingan Beribadah pada Malam Al-Qadar

Bab 215 Kelebihan Menggosok Gigi

Bab 216 Kewajipan Membayar Zakat

Bab 217 Berpuasa pada Bulan Ramadan

Bab 218 Amalan pada Bulan Ramadan

Bab 219 Larangan Berpuasa selepas Pertengahan Bulan Syaaban

Bab 220 Doa ketika Melihat Anak Bulan

Bab 221 Kelebihan Bersahur dan Melewatkan Masanya

Bab 222 Segera Berbuka Puasa

Bab 223 Perintah kepada Orang yang Berpuasa supaya Menjaga Lidah
dan Anggota Badan

Bab 224 Permasalahan Puasa

Bab 225 Kelebihan Berpuasa pada Bulan Muharam, Syaaban, Rejab,
Zulkaedah, dan Zulhijah

Bab 226 Kelebihan Berpuasa dan Beribadah pada Sepuluh Hari
Pertama Bulan Zulhijah

Bab 227 Kelebihan Berpuasa pada Hari Arafah, ‘Asyura, dan Tasu’a

Bab 228 Berpuasa Sunat Enam Hari pada Bulan Syawal

Bab 229 Berpuasa Sunat pada Hari Isnin dan Khamis

Bab 230 Digalakkan Berpuasa Sunat Tiga Hari pada Setiap Bulan

Bab 231 Kelebihan Memberi Makan Orang yang Berpuasa

Bab 232 Kelebihan Iktikaf

Bab 233 Kewajipan dan Kelebihan Haji

Bab 234 Kelebihan Berjihad

Bab 235 Golongan yang Mati Syahid

Bab 236 Kemuliaan Membebaskan Orang Suruhan

Bab 237 Mulianya Melayan Orang Suruhan dengan Baik

Bab 238 Mulianya Orang Suruhan yang Menjalankan Tanggungjawab kepada Allah dan Tuannya

Bab 239 Kelebihan Melakukan Ibadah ketika Waktu Huru-Hara

Bab 240 Kemuliaan Bermurah Hati dalam Hal Berniaga dan Hutang Piutang

Bab 241 Kelebihan Ilmu

Bab 242 Kelebihan Memuji dan Bersyukur kepada Allah

Bab 243 Galakan Memberi Penghormatan kepada Nabi Muhammad

Bab 244 Kelebihan dan Galakan Berzikir

Bab 245 Berzikir kepada Allah dalam Setiap Keadaan

Bab 246 Doa Hendak Tidur dan Bangun daripada Tidur

Bab 247 Kelebihan Menghadiri Majlis Zikir

Bab 248 Zikir ketika Pagi dan Petang

Bab 249 Doa ketika Hendak Tidur

Bab 250 Kelebihan Berdoa

Bab 251 Kelebihan Berdoa untuk Orang Lain Tanpa Pengetahuannya

Bab 252 Doa untuk Keadaan Tertentu

Bab 253 Keramat Para Wali Allah

Bab 254 Larangan Mengumpat

Bab 255 Haram Mendengar Umpatan

Bab 256 Umpat yang Dibenarkan

Bab 257 Tegahan Menghasut

Bab 258 Larangan Membodek Pemimpin

Bab 259 Mencela Si Talam Dua Muka

Bab 260 Haram Menipu

Bab 261 Bohong yang Dibenarkan

Bab 262 Galakan Mengkaji Maklumat yang Diterima

Bab 263 Larangan Menjadi Saksi Palsu

Bab 264 Larangan Melaknat Manusia ataupun Haiwan

Bab 265 Dibenarkan Mengutuk Pelaku Maksiat

Bab 266 Larangan Mencaci Orang Islam

Bab 267 Larangan Mencaci Orang yang Sudah Mati

Bab 268 Tegahan Menyakiti Orang

Bab 269 Larangan Saling Membenci

Bab 270 Haram Hasad Dengki

Bab 271 Larangan Mencungkil Rahsia

Bab 272 Larangan Bersangka Buruk Sesama Orang Islam

Bab 273 Haram Menghina Orang Islam

Bab 274 Larangan Menunjukkan Rasa Puas Hati apabila Orang Islam Ditimpa Kesusahan

Bab 275 Haram Menghina Keturunan

Bab 276 Larangan Menipu

Bab 277 Haram Mungkir Janji

Bab 278 Larangan Mengungkit-Ungkit Pemberian

Bab 279 Larangan Bersikap Angkuh

Bab 280 Haram Tidak Bertegur Sapa

Bab 281 Larangan Berbisik

Bab 282 Larangan Menyeksa

Bab 283 Haram Membakar Haiwan

Bab 284 Haram Orang Kaya Melambatkan Membayar Hutang

Bab 285 Makruh Mengambil Semula Barang yang Diberi

Bab 286 Haram Makan Harta Anak Yatim

Bab 287 Beratnya Pengharaman Riba

Bab 288 Diharamkan Menunjuk-Nunjuk

Bab 289 Perkara yang Tidak Termasuk dalam Bab Menunjuk-Nunjuk

Bab 290 Haram Memandang Lelaki dan Perempuan

Bab 291 Haram Berdua-Duaan dengan Perempuan yang Boleh Dikahwini

Bab 292 Haram Lelaki Meniru Perempuan dan Sebaliknya

Bab 293 Larangan Meniru Syaitan dan Orang Bukan Islam

Bab 294 Larangan Mewarnakan Rambut dengan Warna Hitam

Bab 295 Larangan Mencukur Sebahagian Rambut Kepala

Bab 296 Haram Menyambung Rambut, Memakai Rambut Palsu, Bertatu, dan Merenggangkan Gigi

Bab 297 Larangan Mencabut Uban

Bab 298 Larangan Mencuci Najis selepas Buang Air dengan Tangan Kanan

Bab 299 Larangan Memakai Sebelah Sahaja Kasut

Bab 300 Larangan Membiarkan Api Menyala

Bab 301 Larangan Menyusahkan Diri dalam Hal yang Tidak Perlu

Bab 302 Haram Meratapi Mayat

Bab 303 Tegahan Berjumpa Bomoh dan Tukang Tilik

Bab 304 Larangan Percaya Sesuatu Perkara Boleh Membawa Sial

Bab 305 Haram Membuat Patung

Bab 306 Haram Membela Anjing

Bab 307 Makruh Menggantung Loceng pada Binatang

Bab 308 Makruh Menunggang Binatang yang Makan Najis

Bab 309 Larangan Meludah di Masjid

Bab 310 Makruh Bertengkar dan Bercakap Kuat di dalam Masjid

Bab 311 Larangan Makan Makanan Berbau semasa Hendak ke Masjid

Bab 312 Makruh Duduk Memeluk Paha ke Perut Semasa Imam sedang Berkhutbah Jumaat

Bab 313 Larangan Memotong Rambut ataupun Kuku

Bab 314 Larangan Bersumpah dengan Sesuatu Selain Allah

Bab 315 Berat Dosa Sumpah Bohong

Bab 316 Sunat Menebus Sumpah apabila Lebih Baik Dilakukan Begitu

Bab 317 Dimaafkan Sumpah yang Tidak Sengaja

Bab 318 Makruh Bersumpah dalam Urusniaga Walaupun Bercakap Benar

Bab 319 Meminta dengan Nama Allah

Bab 320 Larangan Memberi Gelaran ‘Raja Segala Raja’

Bab 321 Larangan Memanggil ‘Tuan’ kepada Orang Jahat

Bab 322 Makruh Mencaci Demam

Bab 323 Larangan Mencaci Angin

Bab 324 Makruh Mencaci Ayam

Bab 325 Larangan Percaya Hujan Turun Disebabkan oleh Bintang

Bab 326 Haram Memanggil Orang Islam, ‘Wahai Orang Kafir!’

Bab 327 Larangan Bermulut Celupar


REVIEW

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.

Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.
Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Taman orang soleh, itulah makna bagi Riyadus Solihin. Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman kerohanian yang membenihkan amal dan menyuburkan iman.

Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, Taman Orang Soleh sangat wajar menjadi pelengkap untuk menghiasi rumah kita. Satu rumah, satu Riyadus Solihin.

Kos Pos: PERCUMA
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Didik Anak Gaya Rasulullah

Didik Anak Gaya Rasulullah

 RM39.90
Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak. Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan.
Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin.
Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain. Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani. Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.

Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.

Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.


Kos Pos: RM7/RM10
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Atlas Rasulullah S.A.W

Atlas Rasulullah S.A.W


RM85.00

Atlas Rasulullah S.A.W - Hard Cover (100% Berwarna)

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat.
Sirah perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada para pembaca.

Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:

- Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

- Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul

- Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah

- Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah

- Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi

- Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.

- Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi

- Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin

- Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain

- Piagam Madinah yang Tersohor

- Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq

- Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam

- Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat

- Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin

- Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy



ISBN-13: 978-967-366-234-0
Tarikh Terbit: 7 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 440
Saiz: 8" x 9"
Berat (kg): 1.40

************************************************************************

Review

Setiap helaian demi helaian dalam buku Atlas Rasulullah S.A.W membawa pembaca menelusuri perjalanan sirah Baginda secara lebih dekat lagi. Buku ini adalah rakaman sirah paling lengkap tentang Rasulullah dengan ilustrasi gambar berwarna.


Gambaran keperibadian Nabi Muhammad daripada perspektif sahabat juga dihuraikan dengan baik, sehingga membuatkan para pembaca begitu teruja dan menambahkan lagi kecintaan kepada Rasulullah. Info eksklusif yang dipaparkan dalam atlas ini berkisar tentang kehidupan Rasulullah, peta perjalanan, ekspedisi perang, dan suasana di dua tanah suci Mekah dan Madinah.


Penulis berjaya membongkarkan sejarah silam Semenanjung Tanah Arab dengan ilustrasi gambar dan peta yang berwarna, mampu menarik minat para pembaca untuk memahami lebih mendalam lagi keadaan bangsa Arab sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Carta alir yang ringkas mengenai peperangan dan ekspedisi dakwah Baginda Nabi dipaparkan dengan huraian yang jelas dan teliti.


Buku ini wajar menjadi salah satu koleksi buku dan rujukan setiap Muslim untuk lebih mengenali peribadi, sirah dan sejarah Rasulullah. Semakin mengenali Baginda Nabi, semakin membuak-buak perasaan rindu untuk menemuinya. Semoga buku ini menambahkan kecintaan kita kepada manusia paling agung, Muhammad S.A.W. Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Baginda dengan menghayati Atlas Rasulullah S.A.W.


“Sesungguhnya, untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. Iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari Akhirat. Serta dia pula menyebut dan mengingati Allah dengan banyak ketika susah dan senang.”


(Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kos Pos: rm11/rm16
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Promosi Hijrah Rasulullah SAW

Promosi Hijrah Rasulullah SAW

 RM115.00

Promosi Hijrah Rasulullah SAW.



  1. Atlas Rasulullah S.A.W - Hard Cover (100% Berwarna) -RM85
  2. Didik Anak Gaya Rasulullah - RM30.00
  3. Al-Ma’thurat - Himpunan Zikir Rasulullah Pagi dan Petang -(percuma)


Harga Kombo RM115.00 .
Kos Pos 50% less - RM10.00/RM15.00
Tempahan 019 3276456


Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah SAW

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah SAW

RM5.00
    

    "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya."(Al-Ahzab:21)

    Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad.

    Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.) sekalipun perkara itu kecil.

    Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah sepanjang hari bermula dari bangun tidur hingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah S.A.W. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah bagi menambahkan rasa cinta kepada beliau.

    Zulkarnaini bin Dollah adalah seorang pendidik di negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pada tahun 1999. Beliau juga berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001.


Kos Pos:RM6/9

Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Kombo Promosi Maal Hijrah

Kombo Promosi Maal Hijrah


RM157.00

Promosi Maal Hijrah

Sirah Nabi S.A.W. (Rahiq Al-Makhtum)  RM 68.00

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah SAW – Edisi Kemas Kini  RM 5.00

Kenali Rasul Kita Muhammad s.a.w. RM 89.00




Maklumat Buku Sila Klik Di Sini


Kos Pos:.RM12/15

Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
Cahaya Abadi - Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W

Cahaya Abadi - Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W

RM50.00
Sebuah rentetan sejarah seluruh kehidupan Rasulullah S.A.W dari saat kelahiran hinggalah Baginda wafat, selama lebih enam dekad. Seememangnya, tempoh perjuangan dalam menegakkan agama Allah dari peringkat awal sehingga akhir hayatnya penuh dengan segala macam ranjau dan rintangan, kekacauan, keringat dan air mata, ujian, perturnpahan darah serta konflik.

Mengalami pelbagai ujian kecil atau besar, sebaik sahaja Baginda ditauliahkan sebagai Rasul atau lebih tepat ketika Baginda mula menerima wahyu pertama. Bertitik tolak dari peristiwa itu, bermulalah risalah dan utusan suci diterjemahkan kepada kegiatan dakwah yang diilhamkan Allah S.W.T disampaikan kepada sekumpulan kecil individu dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat di Kota Mekah. Di situlah cahaya dan hidayah Islam mula bertapak lantas terpancar dengan cara yang paling sederhana. Sedikit demi sedikit sinaran cahaya abadi terpancar ke seluruh bumi Arab dan wilayah sekitarnya. Diterima rarnai dan menolak segala amalan jahiliyah yang masih menebal di kalangan masyarakat Arab.

Penulisnya, Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri seorang sarjana Islam yang berjaya meraih kemenangan cemerlang dalam satu pertandingan antarabangsa, melalui tulisan mengenai riwayat hidup Rasulullah S.A.W. Beliau memulakan tulisan dengan pendekatan geografi di muka bumi tandus lagi gersang, perkembangan pra-sejarah yang primitif hingga ke zaman dakwah Nabi Ibrahim. Terkandung unsur-unsur antropologi bila membicarakon asal-usul bangsa Arab yang diwarnai pergolakan politik dalam merebut kuasa. Pada mulanya antara kabilah dan berakhir apabila muncul beberapa kerajoan, bermula dengan kerajaan berdaulat Yaman.

Beliau amat teliti ketika membuat penyelidikan dan penafsiran apabila melihat kepada sumber fakta termasuk hadis dan Al-Qur'an, tidak dinafikan konsep persejarahan yang disokong oleh beberapa ayat Al-Qur'an hampir menyamai Asbabul-Nuzul, merupakan satu percubaan yang terpuji. Sementara terjemahan dalam Bahasa Melayu mengundang pembaca untuk memahaminya dalam bahasa yang paling mudah sekalipun terdapat di sana sini konsep penghayatan iman, takwa dan aqidah yang boleh dianggap agak berat.

Tajuk asalnya "AR-RAHEEQ AL-MAKTUM" membawa makna "Minuman Dari Khamar Murni" sebagaimana terakam di dalam Surah Al-Muthaffihin ayat ke-25. Tetapi dalam Bahasa Melayu diterjemahkan secara mudah dengan nama "CAHAYA YANG ABADI”. Dengan keyakinan bahawa Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia oleh Rasulullah S.A.W menepati konsep kandungan kitab bahawa Islam adalah cahaya yang sentiasa bersinar serta kekal abadi.

SBN : 9789675984914
Penulis : Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri
Penterjemah: Mohd Nor Long
Penyunting : Dr.Mohd. Puzhi Usop
Muka Surat: 505
Berat (kg): 1.00

Kos Pos:
Belian Buku Online sms/whatapp 019 327 6456
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Mulia Edar:Sucikan JiwaMu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger